KADS1M

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Selasa & Rabu lepas pergi bank rakyat sebab nak ambik kad siswa. Kenapa sampai dua hari tu, ko sabajap.

Mine has to be collected at Seksyen 9 Shah Alam, dekat dengan rumah ayah. Kenapa aku pilih situ and bukannya kat Kelantan sebab tak expect kad tu sebenarnya bukan tersedia in a short time after kita apply. But at least okay la walaupun tengah cuti, kekadang pi jugak sana. Tak rushing nak ambik pun sebab bukak sem pun boleh ambik lagi. Tapi kesian orang yang ambik dekat dengan area universiti, padahal rumah depa jauh daripada uni. Macam adik aku, asasi kat UniSZA, Terengganu tu haa. Dahla si budak tu tak sure nak sambung degree kat situ so yeah, nak tak nak kena pergi Terengganu jugak nanti.

Disebabkan ada orang update kat facebook yang branch ni beratuq panjang nak mampuih and ada yang datang masa normal working hours disuruh datang balik at 5.30 petang, maka aku malas nak ulang-alik so hari Selasa tu aku pergi dalam pukul 5.30 petang. Orang tak beratur, tapi ramai gila la duk bertepek depan bank rakyat tu. Ikutkan malas aku, nak balik je tapi alang-alang dah sampai, settle kan jelah terus.

Ambik borang, check nama, once dah ada nama baru boleh ambik nombor. Now this was the weird thing happened to me. Current number, 76**, and aku punya, 7063. Dah kenapa nombor jadi macam tu, so I though it was doing countdown maybe. Maybe dia start dari 7999 counting down sampai 7000, sebab aku sampai pun dah ramai orang so yeah macam logik kot nombor dah nak habis ... 

But still tak senang duduk, sebab nombor tu macam pelik. Tunggu sampai 6.30 petang. Nak tanya orang, lol this was funny, sebab dah terbiasa panggil orang brother sister je. Sekali aku panggil orang tu sister, dia macam terkejut hahaha taktau nak tegur macam mana dah lagi. Tapi dia tak ambik nombor pun sebab dah lambat and dia takut tunggu tapi tak dapat ambik jugak. Then paksa jelah diri masuk berhimpit dalam bank tu sebab nak dengar nombor giliran. Dah sampai 77**, and tak dengar langsung any number with 70**. Maka aku give up hari itu sebab tak tahu sequence nombor tu kan. Mana datangnya 7063 ni lahai.

Luckily, akak kaunter tu cakap boleh je ambik kad masa normal working hours.

Maka pagi Rabu tu dengan semangat waja, pergi bank lagi sekali. Tapi terlambat sikit je kot, orang dah beratur panjang mak oi. And me being dumb again, ikut je orang beratur padahal yang beratur tu orang yang baru nak check nama. Since aku dah check nama the day before, so I should proceed ambik nombor giliran je. Bengap betul, nasib baik rajin pergi tanya guard tu, kalau tak tak pepasal beratur panjang for nothing, adalah dalam 15 minit beratur hahaha bendul. Nasiblah dapat nombor lambat sikit, kalau tak beratur tadi memang dah dapat awal-awal dah.

Tapi betullah orang cakap, everything happens for a reason. Ada hikmah ter-beratur and dapat nombor lambat sikit.

While waiting for my turn, masa tu baru 71** and mine was 7216. Nak keluarkan IC and kad matrik sebab nak prepare terus kan, but then I realized ... IC takde dalam purse. Sebab tertinggal dalam printer kat rumah ... Rasa nak pengsan masa tu der. Aku macam takpelah datang hari lain lah tapi nanti nak kena menunggu balik. So I asked Liena to wait there while I go back home and ambik IC. Nasib baik nak balik rumah around 15-20 minit je lebih kurang. Drive tanpa Waze is a challenge bila kau tak berapa nak ingat jalan, tapi Alhamdulillah sampai rumah jugak, berlari ha kau dengan heels nya hahaha with Liena kept updating the current number. Sampai guard kat rumah dah sengih satu macam sebab tengok muka sama keluar masuk dalam masa yang singkat.

And safely arrived bank rakyat, again. Nasib baik tak terlepas nombor. Thanks to Liena sebab kena paksa tunggu kat situ masa aku takde, haha dia cakap satgi aku pulak kena teman dia ambik kad kat Terengganu. Okay adil lah tu. And everything went smoothly. Settle sudah ambik kad. And lesson learnt, always make sure your important docs and cards are with you, JANGAN TINGGAL IC.


Comments