Aidilfitri 2017

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam Aidilfitri, wahai rakyat jelata. Tahun ni rasanya raya yang paling 'hidup' or meriah sebab memang beraya sakan. Straight seminggu beraya sampai pengsankan diri. Compared to previous years, biasanya raya ketiga dah hambar. Sebelum raya mood dah happy sebab alhamdulillah result was way better than previous semester, except for company law, dok tahu bakpo gred dok tubik so yeah dok tau lagi current CGPA berapo tapi sero naiklah sikit kot (goodluck understanding that, non-Kelantanese). And the most happy part is, dapat puasa penuh tahun ni, alhamdulillah. That's a big enjoyment for women yay!

So let's start with first day of Eid. Pergi solat raya masyaAllah tersengguk den dengar khutbah raya. Then, macam biasa adik-beradik mama akan datang beraya kat rumah and baru pergi rumah tokma & tokbah. Complete semua adik-beradik and we managed to gather everyone in a photo yesss. And ada baby baruuuu, Airaa the cheeky baby.


Biasanya after dah settle beraya kat Pasir Mas, kitorang balik kampung kat Tanah Merah and spend a night there. Tapi disebabkan masa malam raya tu adik macam dengar ada orang (or maybe something else) ketuk pintu at 3 am, so we decided tak balik Tanah Merah masa hari first raya sebab tak nak tinggal rumah kosong. We went back on second day of Eid. Total = 1 house.

Before balik Tanah Merah, baru menyempat nak shoot gambar raya kami satu family, yeah wearing the same baju raya yang kitorang pakai semalam. Don't worry, we still smell good. Memang dah jadi rutin macam tu, sama ada photoshoot time malam after semua dah settle or shoot esoknya. Maka bermulalah adegan sepahkan sofa kat ruang tamu semata-mata nak dapat spot yang lawa. And muka pulak tetiba ada irritation ke apebenda tah, tak pepasal pipi jadi merah so yeah no need blusher on that day. If you can see clearly in photo below, I look like a clown.


Balik Tanah Merah, kebetulan Long pun ada kat rumah nenek & tok ayah after a long time tak terkebetulan nak jumpa dia masa raya. Sekali terkejut daaa sepupu lelaki yang lama tak jumpa tetiba berambut panjang hahaha. And alhamdulillah dapat jumpa semua jugak adik-beradik ayah kat sana, jimat masa takyah pi beraya dari rumah ke rumah hahaha dasar pemalas. Takde gambar raya sebab dah tukar baju duduk-dapur haha. Malamnya balik ke rumah and ada makan-makan sikit kat rumah mak sedara. Total = 2 houses.

Third day baru ada masa untuk kawan-kawan. Depa singgah rumah dulu sebelum pi open house kawan yang lain. Sumpah aku rasa macam the worst tuan rumah ever hahaha boleh pulak malas tambah air bila air minum dah habis. Bukan ape, takde orang dah nak mai so rasa macam takkan ada orang habiskan nanti? Hahaha okay shouldn't done that, maap teman-teman.

Fun fact: me and baju raya masa hari raya macam ada this kind of curse where akan ada satu insiden yang kotorkan baju. Previous yearsss, biasanya air akan tumpah kena baju sebab si bongsu yang gatal tangan. But this year, baju kotor dek tangan sendiri. Dia punya tumpah tu peh habis satu baju hahahah dahlah obvious gilaaa ya Allah malu kat tuan rumah sampai kena lap bagai. Tak pepasal dapat title Cik Lah (Cik Tebolah; tebolah means clumsy) Total = 3 houses.





Fourth day, sesi beraya dengan saudara-saudara ayah yang lamaaaaaaaaa gila tak jumpa, memang some of them tak pernah jumpa pun. Yang paling kelakar bila sorang makcik tanya ayah "mana menantu?" hahaha terkejut sat sebab soalan yang biasa dengar "bila nak dapat menantu?". Ni macam dah to a new level dah kot, hahaha takde calon menantu pun nak kasi and plus ayah memang tak gemar kalau sentuh bab kahwin hahaha goodluck future husbands of Wan Marzuki's daughters. Total = 5 houses.

Fifth day, dari Pasir Mas ke Kota Bharu ke Bachok and back to Pasir Mas. Lemau den tapi sempat lagi singgah rumah kawan and borak sampai almost Maghrib. Camtu lah haaa kalau lama sangat tak jumpa, memang banyak betul la nak bercerita. Total = 3 houses.


And sixth day, beraya lagi. Ke rumah tok sedara and kawan mama. Dengar kata, esok ada kenduri kahwin pulak. Zzzz tomorrow should mark the last day of going out, den capek sudah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf andai terkasar bahasa terguris hati,
Moga semua diberkati.
(whoa it rhymes!)

Comments