Skeptical

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

On my way back from video shooting last night (why kena ada lagi video assignment this semester aaa tak suka tak suka), jumpa seekor kucing putih yang masyaAllah sangat lembut gebu bulu diaaa. So I sat beside her (rasanyalah betina), usap dia then dia duduk atas riba aku aaa so manjaaaaa siap boleh peluk dia. Okay that's not the point I'm writing here, saje over excited sikit sebab biasanya kucing kat rumah tak nak layan tuan sendiri. Dasar bebulus sombong.

But then a foreigner approached me. A guy in his mid 30's, I guess. Masa tu dah mula cuak dah, sebab waktu malam, I was alone and kawasan tu pulak takde orang lalu-lalang, tapi nasib baik kawasan tu cerah. He said that the similarity between cat and girls, is that both are cute (awww but aku tambah cuak der). Borak-borak, siap ajar satu word kelantan lagi tu hahah then dia tanya stay mahallah mana. Uish dalam kepala otak habislah nak jawab apa kang dia follow aku balik ke apaaa. He was in IIUM for 7 years tapi baru tahu nama mahallah yang sebelah gate tu. Masa tu baru macam rileks sikit sebab rasanya dia student Master or PhD kat sini. Last before dia blah, dia bagi salam. Teruih hilang rasa curiga yang menggunung di dalam fikiranku ini. Yelah, orang jahat bagi salam ke? Haha mungkin ada sorang dua.

Last Saturday, we went out to shopping mall, and jumpa orang yang mencurigakan jugak. That pakcik was sitting behind us, then dia bagi salam and tanya pasal hukum pakai gelang kat kaki. Dalam kepala otak, ha sudah habislah ni bawak ajaran sesat ke apa, nak pesongkan aqidah orang ke apa, aduh diri sendiri pun iman tak kuat. Duh Athirah, uncle tu tanya apa hukum je yang kau pikir melampau sangat tu apahal? Tak, muka uncle tu macam nak marah hahaha takut den. Pastu jawab jela mana yang mampu. Then wife dia (kot) bukak cerita lain, dia bagitau depa from Sarawak and stay kat Perak dah 4 tahun. So aku tanya lagi, datang sini bercuti ke? Dia cakap dorang stranded kat situ sebab kawan pakcik tu tak datang (ambik dorang kot). Masa tu memang dah rasa satu macam dah, nasib baik kitorang memang dah nak gerak balik, so takdelah kena drag dalam cerita depa. Adios uncle auntie. Takdelah, kalau depa betul-betul stranded, they should've ask help from the authority or maybe the guard ke at least? Nampak tak depa ni possibly scammer? Walaupun dia bagi salam ...

Okay I felt bad sebab bersangka buruk with these people, tapi bila sorang-sorang or keluar bukan dengan family, I couldn't help but being skeptical about everyone. Yelah kalau mudah sangat percaya orang, kang tak pepasal jadi pape yang tak patut. Take care of yourself wherever you are, especially gegirls.

Ugh I should apply this skepticism in auditing, yeah it requires professional skepticism isn't? Hahaha k accounting joke so hambar.

Comments