Sesat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alkisah jumaat lepas, aku sesat. Oh bukan dalam hutan, sesat kat jalanraya ni je hahaha. Cerita dia, aku pergi Puchong hantar fon untuk repair, and boleh pulak terlupa bawak lagi satu fon untuk backup. After tinggal fon kat kedai tu, I have no communication gadget at all. Kononnya lah boleh ingat jalan nak balik rumah ayah kat Shah Alam tu sebab masa cuti Nuzul Quran hari tu pergi jalan-jalan dengan ayah kat area situ, so dengan yakinnya boleh ingat jalan ni.

Masuk highway tu dah betul dah, sekali bila banyak exit, ha sudahh confuse mana satu. Padan muka selama ni bergantung kat Waze je bila drive kat key ell ni. After solat Jumaat ayah dah tunggu kat rumah sebab kitorang nak balik kelantan. Pusing punya pusing ha sudah entah seksyen mana aku masuk. I cried, literally. Hahahaha sapa tak panik weh. Ayah kau tengah tunggu kat rumah, and kau pulak takleh nak call dia nak bagitau kau sesat and kau takde peta or whatsoever things yang boleh tolong kau and kau seorang diri. Kang tak pepasal sampai ke Johor hahaha. Siap sesat kat kawasan industri tu tak menahan, tapi memang rumah dekat area situ pun. Macam-macam aku pikir cara nak cari jalan, nak pakai laptop tak boleh sebab takde internet. 

Aku rasa aku duk berpusing-pusing dalam area yang betul dah, cuma tak tahu makin dekat or makin jauh. Pusing punya pusing, tetiba keluar ke jalan yang aku dah familiar. Non-stop aku cakap Alhamdulillah sebab finally jumpa jalan balik rumah after 1 hour plus sesat berpusing kat area Shah Alam tu. Hahaha sejam weh sesat! Bukak pintu rumah, nampak ayah tengah baring tengok tv. Selamba je dia cakap, "mesti sesat tu." Hahaha sampai hati, aku punyalah cuak, boleh je dia buat selamba.

Lesson learnt; jangan tau drive je, ingat jalan sekali.