Kolot

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari tu mama ada call cerita pasal kes perempuan kena raba or cabul dengan bangla, even ada lelaki (her husband if I'm not mistaken) kat situ. Alhamdulillah malaysia masih aman. Please understand sarcastism. Girls, tolonglah pandai jaga diri. Jangan keluar memalam, or at least la kalau nak sangat keluar malam, jangan kerap sangat. Tolong paham jantan ni kalau dah nafsu tak betul, awak pakai la telekung solat keluar pun, depa tetap gatai. Aku tak paham jantan gatai ni pikir ape sebenarnya eh? Haih.

Parents aku takdelah strict sangat. Takdenya yang jenis tak kasi keluar langsung, no. Kalau time balik rumah, semua adik-beradik ada, parents kasi je keluar berempat even kami semua perempuan. But, they never let us go out during night. Yelah kalau ikutkan malam jelah segala jenis penyangak nak keluar haha yelah siang hari pun ada. Bukan ape, mau jadi pape time memalam, dahlah semua perempuan, bahaya la kan?

Now that I'm away from them, I can do what I want kan? Ala bukan dorang tau pun. Hahaha nope, that's not the excuse. Dulu masa awal-awal berjauhan dengan family, selalu call mama everytime nak keluar, asking for permission la. Tapi still keluar siang. Then bila dah lama-lama, rasa macam dah besar sangat kan, so takde dah call mintak permission ni. As long as I know how to take care of myself, in shaa Allah takde pape jadi. Hari tu pernah sekali je keluar malam, tu pun keluar dengan geng usrah, ada akak-akak senior so I felt secure lah sikit kan sebab ada yang lagi dewasa. But then nak balik tu, around 10pm, ayah call. Eh boleh pulak time tu call, dah menggelabah dah sebab first time keluar malam and tak bagitau nak keluar. Bila ayah cakap "pukul 10 malam ni kat luar lagi?", at that time aku terpikir, aku kecik ke besar ke (besar obviously), ayah still risau. I guess that's the reason why I don't feel like 21 years old because I'm treated as if I'm 5. 

Nope, I don't have problem with that. Okay this gonna gimme problem in the future I guess. Boleh bayang tak bila aku balik rumah ayah, he's the one who did the cooking? Yes he did. Eh bukan aku tak boleh masak (sikit-sikit boleh la), tapi entahlah encik ayah ni. Bila dia kat ofis, siap call bagitau cara nak masak nasi macam itu macam ini ya rabbi encik ayah, anakmu ini reti la masak nasi. Tapi tulah, kena layan macam kanak-kanak, layankan jelah. Tapi sampai bila nak jadi kanak-kanak? Weh tetiba aku rasa sebak nak nangis, serious! Tak nak kahwinnn, tak nak jauh dengan ayah.

Okay that's not my point. Entahla, aku rasa bersyukur kot parents tak kasi aku kebebasan sangat. Since aku jauh dengan dorang, aku boleh je kan buat ape yang aku nak tapi aku memang takkan rasa secure unless dengan family aku sendiri. Aku ada member perempuan yang boleh dikatakan kerap lah jugak keluar malam. Bukan tak pernah pesan, tapi bila pesan tu, depa macam pikir semacam je. I know what're they thinking - aku kolot, that's it. Suka hatilah, aku pesan sebab aku kisah, jangan sampai dah jadi pape baru nak menangis. Bukan mendoakan, cuma pesan. Sila pandai jaga diri ye sisters.