Nasib Baik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Yesterday, bila tersedar tengok jam tepat pukul 8. And I got class at 8.30! Padah tertidur lepas subuh, habit dari shortsem terbawak-bawak sampai ke long sem fulaks. Good thing jubah dah iron (Tips : Iron segala baju nak pakai on that week sesiap, tak payah sibuk nak iron baju pepagi) and nasib baik ada tudung yang dah iron, kalau tak, habis 30 minit iron tudung je (ok tipu)

Today, tak expect hujan lebat and baru je jemur baju. Sepanjang kelas risau pasal baju tak kering sebab esok dah nak balik, kalau baju tak kering susah la kan. Jemur dalam bilik kang hapak satu room. Tak call roommates or jiran sebab tahu biasanya takde orang kat bilik time petang. Redho je kalau baju basah takde sape angkat. Balik bilik, alhamdulillah lega jiran tolong angkatkan sebab depa takda kelas petang hari ni.

And hari ni jugak, tertinggal phone kat kelas ICT. Perasan fon takde after setengah jam berhuhahuha kat kafe (thanks to Allah, sebab hujan kami stuck takleh balik daripada kuliyyah ICT). Went back to the class, check takde. Padahal tu tempat last yang aku ingat. Cuak dia Allah je yang tahu. Member try call fon banyak kali tak angkat, then at last ada orang jawab call. Thanks to the honest makcik cleaner, I got back my phone.

Motif aku cerita semua ni?

Terlalu banyak bernasib baik. Tidur lepas subuh and bangun lewat, tapi alhamdulillah jubah dan tudung dah iron so lagi cepat siap. Siap mandi and dressing semua in 15 minutes! Whoa I can be a guy. Eh? Next, walaupun hujan alhamdulillah ada jiran baik hati tolong angkatkan. Tak perlu bilas lagi sekali yay! And last, hilang phone but alhamdulillah makcik baik hati terjumpa dan pulangkan balik. Kekadang benda-benda kecik macam ni kita tak perasan Allah cuba sedarkan kita, Allah selalu tolong kita. Kalau kita still tak bersyukur and tak belajar daripada silap kita sendiri, sampai ke sudah buat silap yang sama. So next time jangan tidur after subuh and jangan letak barang merata ye anak-anak.

I don't really have the mood to write nowadays.