Ajal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dikejutkan dengan berita kematian classmate BM. Student perempuan course accounting. Bila dapat tahu tu terus menangis sampai tersumbat hidung yang dah sedia tersumbat (I'm having cold fever). Tak rapat dengan dia tapi sebab kita kenal, memang terasa kehilangan tu. Plus dia pulak jenis happy je dalam kelas, asyik gelak je. Minggu ni memang dah perasan dia tak datang kelas, tapi cikgu cakap tu sebab dia sakit kaki. Tup tup hari ni tau dia dah takde, meninggal sebab asthma. Umur baru 22.

Betullah, ajal maut tak kenal usia. Kita takkan rasa yang kematian tu sebenarnya hampir dengan kita sampailah orang yang dekat dengan kita pergi menghadap Ilahi. Hazirah (roommate) baru bangun tido lepas dia tahu cerita tu, terus cari aku. Dia lagi rasa kehilangan sebab pernah buat groupwork dengan sister tu. Siap cakap kat aku "Athirah jangan pergi lagi." Dia takut aku pulak yang meninggal sebab aku tengah demam. Well, kalau dah sampai ajal ceq, ceq pergi ye. Sedekahkan al-Fatihah dan doa :)

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati."