Tua Muda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Seorang tua,
Masih gagah imannya,
Fizikal bukan penghalang baginya,
Moga hubungan sentiasa manis dengan Sang Pencipta.

Wah, sejak masuk kelas Bahasa Melayu, berpuitis kau ye! Alhamdulillah dah sampai ke pertengahan bulan Ramadhan. Copek jo maso berlalu yo, satgi pejam celik eh ghayo doh eh. [Quick Quiz : Kenal pasti 3 loghat negeri yang telah digunakan dalam ayat ini] Sepanjang bulan Ramadhan ni hamba berada di perantauan, nasib baik short sem tak penat sangat, okay penat sikit sebab kelas BM setiap hari. *nangis berlagu Airmata Syawal*

Aku balik Kelantan last week, berbuka nasi kerabu ayam bakaq dengan tok ayah dan nenek. [Fun fact : Though I'm kelantanese, I'm not a fan of nasi kerabu tapi boleh makan kalau takde ulam. Typical kanak-kanak tak makan sayur] Kitorang terawih kat rumah tok ayah je. Apa yang menyentuh hati aku malam tu bila aku tengok tok ayah solat sunat after solat Isya'. Tok ayah dah uzur, nak jalan pun kena guna tongkat and dia solat sambil duduk atas kerusi. Tapi dengan keadaan macam tu pun, dia still mampu buat solat sunat. Kita ni haa yang muda yang banyak tenaga lagi, jangankan solat sunat, solat wajib pun liat. Tak cakap awak pun, sesiapa yang makan cili dia terasa pedasnya.

Kalau kita tengok mana-mana masjid pun, ramai orang tua. Pak cik dan mak cik yang dah uzur dimamah usia (pehh ayat diaa) tapi still mampu ke masjid, buat solat sunat and so on. Kita yang muda ni, jangankan masjid, nak solat berjemaah kat rumah pun asyik mengelat je. Again, sapa makan cili dia terasa pedasnya. Okaylah kita tukar, sapa yang minum kopi terasa pahitnya.

Cuba tanya diri, kenapa orang tua rajin ke masjid? Mungkin ada suara hati yang akan jawab "Depa orang tua, depa nak beribadat sebanyak mungkin untuk bekalan hari akhirat." Then think again, kenapa nak tunggu tua baru nak beribadat sepenuh hati? Kita sure ke kita hidup sampai ke tua? Siapa tahu esok hari mungkin kita menemui ajal? Jika ya, cukupkah amalan kita? Andai aku mati esok, belum lagi cukup umur 20 tahun, tapi amalan entah ke mana. Yelah kata nak tunggu tua tadi.

It's never too late to change.