Allah atau pointer?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Final exam is over! Excited for last paper tu memang betul-betul excited for last paper, bukan excited sebab nak balik. You get what I mean? Nevermind. Seriously, all those six subjects tortured me mentally. Physically no, I still had enough sleep, and food. Makanan jangan main-main eh, exam tak exam, makan tetap makan. Takde istilah skip makan sebab nak mentelaah buku doploh pat jam. Takde istilah stay up sampai Subuh sebab nak study (kalau bangun pukul 4 tu lain cerita). It’s all about quality, people. Not quantity. But first thing of all, jangan study last minute. (Pesan kat diri sendiri especially)

First exam as a degree student ni banyak sedarkan aku sebenarnya. Yang kita student ni tak boleh lagi harapkan ‘suapan’ from lecturer semata, tak boleh nak salahkan lecturer sebab ajar cara macam tu macam ni, tak boleh nak salahkan lecturer sebab kedekut markah or quiz susah or whatsoever. Sebab semuanya berbalik kat kita. Tengok niat kita. Kalau kita betul-betul nak belajar, kita akan betul-betul belajar. And segala jenis quiz susah tu kita boleh jawab sambil pejam mata je (unsur hiperbola di situ ye anak-anak)

No, tak payah cakap “Kau pandai takpelah.” I’m so sick of it. (Padahal aku sendiri cakap kat orang lain) Usaha mana weh usaha? Semua orang kekadang ada feeling down tu, especially bila tengok orang sekeliling hebat-hebat. Tapi kau duk meratap sampai berabad tu kenapa? Move on and start to change yourself la. Kau yang give up dengan diri sendiri, and you expect people to help you with that? Kalau orang bagi nasihat or idea macam mana nak study, keluar ah ayat keramat tu – “Kau pandai takpelah.” Nah kaki saiz 10 untuk dinner.

But I have one concern – belajar kerana Allah atau pointer semata? Somebody tweeted this and it has been haunting me for the rest of exam week. Can somebody please talk to me about this? (Seriously sape jelah baca blog kau) Okay, I’ll find someone.