Supermama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari mengenali ibu kawan-kawan anda! Laju je semua upload gambar ibu masing-masing kat instagram. No, I’m not saying it’s a bad thing la. Comel what semua manja-manja and berpuitis dengan ibu masing-masing. Tapi cheq tak buat macam tu, sebab realitinya memang bukan seorang yang puitis. Tak pandai nak karang ayat jiwang eceh segan nak tunjuk kat orang. But mama, I hope you know that I always pray for your happiness for dunya wa akhirat.

Jujur memang aku bukan jenis yang rapat and manja dengan mama, tapi masa homesick dulu cari mama jugak. Nampak tak aura seorang ibu? And aku bukan jenis yang share segala benda dengan mama. Orang lain selamba je cakap dengan ibu dorang macam cakap dengan member. Kelas kau jah. Aku call nak cakap dengan mama pun malu-malu. Sebab mama ada banyak benda nak fikir, kerja dia, hal rumah and anak-anak, so tak payah lah kot bercerita pung pang pung pang dengan mama, serabutkan fikiran dia je. Cukup je mama tahu anak dia ni sihat walafiat and betul-betul study, bukan main-main and bukan main cinta. *insert emoji smirk*

But I seriously adore her. To be away from her other half (sebab ayah kena transfer kerja kat KL) and to handle everything all by herself, bukan senang. Ada anak semua perempuan pun kekadang ada masa malas tu, jangan harap lah nak tolong mama hahahaha ampun mama! Masa banjir paling lawak lah aku rasa. Aku dengan adik-adik dah ada kat kereta, tunggu mama dengan ayah datang (rumah dah jadi pulau dah masa tu). Bila call, eh boleh pulak dia duk masak. See, dalam kesempitan time banjir tu pun sempat lagi masak untuk family makan. Kalau aku, dah lama dah blah, makan je apa yang ada. Supermom, that’s my mama.

Maaf terjiwang.

Happy Mother's Day, Mama.