That One Friend

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kita semua ada jenis kawan yang takleh terima bila kita cakap something yang berlainan dengan apa yang dia nak dengar.
Contoh, kau ada kawan yang baru berselisih faham dengan kawan dia. Punya sakan la ni dia bercerita pung pang pung pang kat hang, duk salahkan kawan dia 200% padahal based on cerita dia tu macam kawan dia tak salah pape pun tapi sebaliknya kawan hang tu yang salah. Mungkin kawan hang yang oversensitive kan. Pastu hang pulak jenis orang yang bersangka baik, hang bagitau dia “Oh salah faham je tu. Maybe dia ada hal or problem lain. Awak kena husnuzon.” Terus kawan hang moody dengan hang. And dia pi pulak mengadu kat kawan dia yang lain and respons yang dia dapat “Sampai hati dia buat macam tu. Bodoh ah blah blah blah.” Terus dia excited ah sebab ada orang memahami dia, kononnya lah. Then tetiba hang pulak jadi topik mengumpat dia, dia cakap hang tak memahami dia ......
Now boleh paham tak apa yang aku nak bagitau? Tak semua orang boleh terima teguran. Certain orang dia nak kawan dia support dia all the time tak kisah dia buat benda betul atau salah. Kalau kita tegur bila obviously dia yang salah, dia akan fikir kita tak paham dia. Macam contoh tadi, dia nak hang turut salahkan kawan kepada kawan hang tu, dia nak orang bagitau yang dia betul walaupun hakikatnya dia yang salah.

Once is okay lah, sebab maybe kita nak jaga friendship kita dengan dia kan. Tapi kalau dah banyak kali berlaku and kita nak terus support dia walaupun dia salah, sampai bila-bila dia takkan nampak silap dia. Sampai bila-bila dia takkan perasan problem sama berlaku disebabkan attitude dia sendiri. And tipulah kita sendiri tak makan hati sebab dia ingat kita tak paham dia padahal kita dah nasihat dah, sebab kita sayang kawan and kawan kena ah saling menegur. Tapi definition sayang bagi dia maybe tak sama dengan kita, lain orang lain perspektif ye dok?

Macam aku, penyakit aku senang crush on guys (astaghfirullah). Pernah one day aku macam excited sebab classmate aku sangatlah eyesome, and of course lah aku expect member aku akan support aku and cakap something like “Haah handsome, sesuai dengan kau.” But the reality is, kawan aku cakap “Aip sister, jaga pandangan.” Kau rasa apa yang aku rasa masa tu? YES, exactly like what the person in the example felt, rasa macam takde orang support. Masa tu aku rasa macam ceh hampeh ah dia ni tak sporting langsung. Tapi bila aku fikir balik, ada baiknya dia cakap macam tu. Insaf jugak diri ni sikit sebab tak jaga pandangan, and thanks to her I managed not to fall for him. Parah penyakit kamu ini, sister.

The point is, people need to know the ugly truth. She may be wrong and you must tell her that she’s wrong so that she’ll take some time to reflect on herself and realize she really did something wrong. Manusia ni kekadang rasa diri perfect sampai tak boleh tengok kesalahan sendiri. So kalau ada kawan yang penyakit macam aku ke, boleh lah nasihat benda yang sama. Nasihat biar kena cara tau, jangan duk menyindir (pantang bebeno aku kalau jenis nak menegur dengan cara menyindir ni). Kalau dia jauhkan diri from kau, then it’s okay you lose nothing but she’s the one who loses a good friend like you.