Jaga Mata Jaga Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kisah aku dengan crush paling parah masa form 4. Crush dekat bad boy pheww hey bad boy looks cool hahahahaha okay enough. He’s a year older and kelas kitorang dulu agak dekat so yeah everyday usha mamat tu. And I talked a lot about him in my blog. His ‘crush-nickname’ is ‘Kiseop’ or Cookie. Why Kiseop? I was a kpopper at that time, and yeah my bias is Kiseop from U-Kiss and they kinda look alike so yeah that’s why.

The other guy is Z or Zathura (Bie kasi nama ni), also a year older. Woohoo I change from ‘Kiseop’ to Z in the same year. Yang ni memang takleh blah aku rasa macam nak lempang diri sendiri sebab gedik tak sudah. Aku cilok masuk kelas dia letak note wish goodluck untuk SPM, not once but twice. Paling lawak bila pergi kali kedua, tengok note yang first tu ada reply hiks. Berbunga-bunga masa tu bhaaa, tapi bila ingat balik rasa macam apebenda lah aku ni dah form 4 perangai macam budak sekolah rendah letak note bagai. Point dia, jangan jadi gedik macam aku.

Crush supposed to be secret la kan, tapi aku kantoi everytime. Sebab suka sangat bercerita dalam blog hahahahaha kawan crush sendiri pulak tu baca hahahahaha mampus aku nak hadap dia setiap kali jumpa kat sekolah. Well, good old days, now it becomes memories.

Tapi kan ...

“Kita kalau nak masuk rumah orang, kita kena ketuk pintu, bagi salam and mintak izin dulu kan? Kalau kita masuk camtu je, agak-agak tuan rumah marah tak? Kalau kita stalk orang, agak-agak apa tuan empunya badan rasa? Dan kita kena jaga mata, jaga hati. Kalau kita stalk orang, agak-agak mata kita terlepas ke daripada dosa duk usha orang or tenung gambar orang tu lama-lama, agak-agak hati kita terlindung tak daripada jatuh hati kat orang tu?”

Pehhh ibarat kena tumbuk bertubi-tubi. Aku tak ingat sape cakap macam ni but whoever you are, Allah pilih kamu untuk sampaikan mesej-Nya, Alhamdulillah terkesan jugak kat aku. Pesanan tu especially untuk orang yang suka stalk orang yang berlainan jantina (lelaki stalk perempuan or vice versa). Since dapat pesanan macam tu, tiap kali aku nak stalk crush mesti pesanan ni datang dalam kepala otak, terngiang-ngiang gitu. Tapi sekarang takde crush dah, kot ...

Memang lah kita rasa benda tu kecik tapi bila dah terbiasa buat, memang melarat. Macam aku, once dah start minat orang tu, mula ah minat orang lain pulak. Yang itulah yang inilah. Semuanya sebab tak jaga pandangan, sebab dari mata turun ke hati kan? Eh tapi ada apa dengan rupa? Dude please, the look gives you the first impression. Takkan ah tengok gadis cun or mamat hensem hati tak terusik langsung? Of course ada feeling tu sikit-sikit tapi kalau kita terus control diri and tundukkan pandangan, in shaa Allah terselamat dari zina mata, zina hati tu.

So ingatlah sahabat, jaga mata jaga hati, di alam realiti dan alam maya.