Health

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku, walaupun bambam tapi alhamdulillah still sihat, bebas penyakit. Tak pernah buat full medical check-up and tak pernah ada health complication so tak tahu ada penyakit ke tak but I hope I'm disease-free! (Is there such a word?) Eh alergik bulu kucing kira penyakit ke? But at least I know I'm allergic to cats fur so I try not to play with my cats too often. Tu boleh dikira sebagai ikhtiar nak elakkan effect dia la kan which is gatal hidung sampai bersin bergegar dunia.

Before masuk degree, aku gastrik kaw kaw punya beb. First time kena and tak expect sakit dia sampai macam tu sekali. Seminggu lebih jugak la melarat sampai masa taaruf week pun still sakit. Nak telan ubat tu memang malas, yeah tell me sape jelah yang suka makan ubat kan. Tapi sebab nak cepat sembuh, aku hadap jelah ubat tu. And alhamdulillah I got better day by day. Tak, bukan nak bertuhankan ubat tu, cuma nak cakap ubat tu sebagai ikhtiar kita untuk sembuh, and the rest we just leave it to Him.

Tapi tak paham dengan certain orang yang memang dah tahu dia ada penyakit tapi abaikan je. Contoh, dah tahu dia ada gastrik, tapi selalu skip meal or tak makan on time. Or dia tahu dia ada penyakit tapi malas makan ubat. Orang yang sakit ni dia ada ubat dia kan, tapi dia punya liat nak makan ubat tu masyaAllah awat degil sangat lahai jentik kang. By neglecting your medicines, you're welcoming the disease to attack you easily. (Peh apahal ayat macam kartun) Then mulalah sakit situ sini, bila tanya dah makan ubat, ni ha jawab dia "Belum, malas nak makan, tak suka ubat." Whut ...? 

Dear, whether you like it or not, that is one of the ways you can cure yourself. Kekadang orang terlupa, sebelum bertawakal dan berdoa kat Allah, the first thing you must have is the effort. Usaha takde tapi harapkan keajaiban daripada Allah, ibarat kau tak solat, kau abaikan apa yang Allah suruh but kau expect Allah kasi kau syurga. Eh banyak cantik, siku nak?

Tubuh badan kita ni amanah daripada Allah, jaga kesihatan ni kira jadi amanah untuk kita hokay. Ha kalau dah sampai tahap hokay instead of okay tu ada unsur nak membebel la sikit. Certain orang tu dia rasa dia makan ubat macam mana sekalipun sakit dia tetap akan datang. Eh biaq pi la kalau dia nak mai pun, at least hang dah usaha nak kasi sihat badan hang tu. Badan ni pinjaman daripada Allah tau, Allah bagi pinjam kat kita dalam keadaan yang sihat, jadi kita pulangkan balik nanti dalam keadaan yang sihat jugak in shaa Allah.