The Special One

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

WARNING : BAHASA PUITIS SEDANG DIGUNAKAN!

Di kala aku tengah melepak atas katil, menunggu Maghrib, berkira-kira mahu mandi atau teruskan aktiviti membuang masa sebab baru lepas melahap jadi agak tidak sesuai untuk mandi maka aku teruskan aktiviti melepak di atas katil. Lagi 10 minit azan Maghrib bakal berkumandang jadi aku membuat keputusan untuk mengambil wudhu seusai berkumandangnya azan Maghrib.

Sementara menunggu, aku membaca buku Diagnosis2 (jutaan terima kasih buat Musfirah kerana sudi memberi pinjam). Aku terbaca satu bab yang dicoret oleh Dr. Anwar Fazal berkenaan solat. At that moment (dah kenapa tetiba mai sasterawan inggelish?), ibarat satu tusukan tepat ke dada, menusuk qalbu. Terlintas satu soalan di fikiran ;

"Kalau aku boleh bersiap awal dan lawa-lawa untuk pergi ke kelas jumpa lecturer, kenapa aku tak boleh buat benda yang sama untuk solat dan bertemu dengan Allah?"

Subhanallah, soalan yang terlintas di fikiran, soalan daripada Dia. Terus aku pergi ambik wudhu masa tu jugak, insaf bro. Like seriously, kita boleh bangun awal untuk ke sekolah, ke kelas, ke tempat kerja tapi kita tak amalkan perkara yang sama dalam urusan kita dengan Pencipta kita. Siapalah lecturer dan majikan tu kita nak utamakan mereka daripada Allah SWT. Bukan maksudnya mereka tu tak bermakna apa-apa dalam hidup kita tapi nak point out siapa priority kita sekarang?

Weh sumpah kena batang hidung sendiri. Aku bangun pukul 6.15 or 6.30 pagi everyday, tu pun after azan Subuh. Padahal kelas pukul 8.30 pagi. Nampak tak aku utamakan bangun awal nak pergi kelas daripada bangun awal untuk solat Subuh. MasyaAllah sister. Benda simple, kita boleh ubah. Tak perlu secara drastik, tapi slow slow janji istiqamah. Sebelum azan solat berkumandang, get ready dah dengan wudhu dan duduk di sejadah (berzikir sementara menunggu). Baru lah nampak Allah tu special dalam hidup kita, in shaa Allah mudah-mudahan kita pun tergolong dalam hamba special Allah.

Pesanan untuk semua especially diri sendiri.