Road To Degree : Taaruf Week

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Taaruf Week is over, let’s make some feedback on this event.

Kami kena gerak dari mahallah seawal 5.15 pagi dan kena bangun pukul 4.30 pagi. For people who just had almost 4 months break with ruined sleeping pattern (like me), yeah susah gila nak bangun bro but still, masih awal daripada roommates (nah boleh buat bini okay). 

For the time management, I give 1 out of 5 points, I would say extremely poor. Taaruf week selama 5 hari, dari sebelum Subuh sampai tengah malam, and there a lots of not-so-brief briefing each day. Habis satu briefing ada lagi satu briefing. The thing is that, briefing berjuta tapi yang merangka tentatif lupa nak consider sekali tentang perangai VIP and speaker yang tak pernah nak punctual. Kami kena masuk hall awal and terpaksa menunggu lagi lama sebab depa ni haa. Briefing tak start on time pastu asyik drag masa sampai solat Asar pukul 6 lebih setiap hari, macam ni orang panggil yuyaiyey?

PLUS, kerusi pulak uzur gila sampai duduk 5 minit pun dah boleh sakit belakang, kerusi nak runtuh pun hadoo. “Tukar jelah kerusi” that must be what you thought, right? HAHA akak committee macam separuh jerit kat aku sebab aku nak tukar kerusi, habis orang depan pandang (malu den). Kalau aku tak sakit, aku duduk je atas kerusi nak runtuh tu. Aku gastrik teruk few days before masuk UIA and my back hurts so much till now. Eh boleh je mintak excuse pi sick bay tapi sebab malas banyak songeh dengan committee yang garang so cheq biarkan je. Takpe sakit kejap-kejap je, sakit ni nak main peek-a-boo dengan aku kot.

Speaking of the ‘garang’ committees, bukan semua garang. Ada lah dalam beberapa orang. Garang garang nak pi mana cik kak? Cakap elok-elok kan boleh. Kami semua penat, tambah dengan perangai yang garang ni, bertambah penat. Kami paham akak abam committee pun penat, but be professional. I know how it feels, because I used to be a committee for a big program, and I know you guys punya difficulties untuk program ni lagi besar, nak handle students seramai 1442 orang (if I’m not mistaken), yeah bukan senang. Tapi kalau akak abam sapa kami dalam cara yang lemah-lembut, barulah kami tak memberontak. Akak abam serve us happily, then we’ll listen to you happily. Sepanjang program yang kami dengar adalah “Sister! Jalan dua-dua!” “Sister! Cepat sikit!” Stress tawuk, dilayan macam budak-budak satu hal, yang nak kena jerit-jerit kenapa, cakap elok-elok, kan comel.

Other than that, I’m okay with the other things. Food especially, walaupun dalam proses berpantang (bukan baru lepas beranak), Alhamdulillah makanan best and tak berminyak sangat. Kalau tak, mampus wa tergolek macam tenggiling sebab sakit perut. Oh you know, we the girls merasa pengalaman solat Jumaat. Aku tabik kaum Adam yang tak pernah tinggal khutbah and dengar dengan penuh khusyuk. Sebab, aku mengantuk gila masa dengar khutbah sampai tersengguk-sengguk haha masyaAllah sister. And we enjoyed the ‘Break Clap’ game! Abe Hadi, you rocks! Ore kelate kito tuh! And I love our new father, Dr. Mizan Hitam, the deputy dean who understands us well. 

Setiap perkara ada baik dan buruk. I admit I’m bored to death throughout the program but I enjoyed it as well, sometimes. But If I were asked to join Taaruf Week again, em sorry but no way mannnn hahahaha tak sanggup den. To abam akak committee, we would like to apologise for our not-so-ethical behaviours, kami bukan sengaja nak mengutuk or whatsoever tapi kami penat. But abam akak dah buat yang terbaik untuk program ni and sabar layan perangai kanak-kanak kami semua, a round of applause for you guys, the committees of Taaruf Week Semester 2 2014/2015 Intake!


And now, I'm officially an undegraduate student of International Islamic University Malaysia.