Mereput

11:54 PM, Atas katil

Proses mereput bermula. Kenapa mereput? Kenapa bukan berkulat, kenapa bukan perkataan lain, kenapa mesti mereput? Probably it's a trend, a new way of saying you're bored doing nothing. Same goes to 'pishang'. What the heck the banana got to do with boring? Okay aku bukan nak merepek pasal benda ni. Baik buat research pasal Islamic Finance (sebab sampai sekarang masih lagi lost dalam kelas Islamic Finance)

So, ramai yang balik sempena cuti raya cina ni. Hampeh ah korang, bukannya raya puasa semua berebut nak beli tiket sampai habis kesian kat aku tak sempat nak beli kurang asam padan muka siapa suruh lambat. Dey mana gua tau tiket balik raya cina boleh laku macam pisang goreng (plus cheese eww how does it taste actually?) Takpa bukan rezeki nak balik. Maka dengan ini, genap sebulan tak menjejakkan kaki di kampung halaman. Eleh baru sebulan, cakap macam orang yang study kat oversea yang dah bertahun tak balik. Pondan.

I'll just look at the brighter side of this, banyak hikmah tak dapat balik ni. Salah satu hikmahnya nak suruh aku study. Balik rumah for sure tak study bro, hek eleh tak payah nak poyo study kat rumah, takdenya (unless you're a top scorer in your university). Dah masuk minggu ketiga, and aku dah lost in certain subjects, especially Management and Islamic Finance. Sebab wa cakap lu ah, wa dengan subjek membaca memang takda chemistry, tak ngam gitu maa.

Takpe, kena biasakan tak balik. Sebab life degree dah tak sama macam foundation dulu. Dulu banyak main-main, sekarang pun main-main jugak tapi main secara serius. Tapi serius ah wa memang susah nak fokus bila dalaman ni tetap memberontak nak balik. Aip duduk sini diam-diam study sampai dapat fofelet pastu grad dengan jayanya pastu kau nak balik berkepit bawah ketiak mama doploh empat jam pun takpe. Okay, rindu mama.

Goodnight dari Mahallah Safiyyah, IIUM.