Road To Degree : Part 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Oh well hello there! The war is over and I survived! What war again? Yes, the Prereg War. Toldchu IIUM is full of surprises and ‘good’ enough to make the student go crazy. It’s probably trending on twitter since almost everyone is complaining there. 

Process flow dia lebih kurang macam ni tau : 
1. Update biodata and confirm the declaration upon the information you have given
2. Activate matric number 
3. Pre-registration courses that will be taken for upcoming semester. 

Selagi kau tak complete first stage, jangan harap dapat prereg, haa macam tulah lebih kurang. Tak paham jugak apa masalah server dia, sampai laaani ada lagi yang tak lepas first stage tu. Website buat hal maybe, bila save information, dia tak mau save. Selagi information tak lengkap, selagi tu tak boleh nak tick declaration tu. Kesian depaa, cheq pulak tak mampu nak tolong sebab tolong buat pun, still jadi benda sama.

Semalam punya ah kalut sebab prereg dijangkakan pukul 12 tengah malam, tapi pukul 11.30 pun aku still tak dapat nak activate-kan matric number. Nak nangis jugak ah sampai sakit kepala stress, sebab ada orang dah dapat buat. Pastu Aimi cakap buat solat hajat. Deep .. so I thought yeah why not, kita mintak Allah permudahkan urusan, walaupun kita selalu cari Dia waktu kita susah je (masyaAllah mencucuk qalbu). Lepas ambik wudhu’, try buat sekali lagi. Eh sekali boleh! Aku punya terharu rasa macam emoticon whatsapp yang duk nangis air mata laju macam air terjun tuuu. Kuasa Allah, Subhanallah. Terus cheq pi sujud syukur and buat solat hajat mintak dipermudahkan urusan.

Bila dah pukul 12 tengah malam tu, as expected la takkan dapat punya bukak website on time. Ayat annoying yang duk tengok banyak kali – “Webpage is unavailable.” Pastu keluar lah pulak info yang prereg pukul 12 tengah hari keesokannya. Ngeh ingat wa nak percaya? Ade member cakap dulu prereg cakap pukul 3 petang, sekali 3 pagi tu dah bukak. Bukan ape, boleh je nak prereg lambat, tapi kena ambik risiko kelas yang kau nak ambik dah penuh. So we waited and waited, sambil meroyan kat twitter. Pastu lagi 15 minit nak pukul 1, aku boleh access web prereg tu. Whatsapp bagitau Aimi & Boom cepat-cepat, siap capslock lagi haaa haha taktau apasal kalut sangat time tu sampai shaking tangan nak taip. Alhamdulillah berkat pertolongan Allah, semua urusan berjalan lancar walaupun ada marah-marah masa menunggu tu masyaAllah sister cuba bawak bersabar sikit.

I wanted to sleep at 1am last night tapi sebab duk tolong buatkan untuk member yang lain, yang nak tidoq pukul 1 jadi tertidoq pukul 3. Hahaha penat otak. Takpelah bukan selalu dapat peluang jadi baik hati ni, I’m just glad I can help. Ni siap nak bagi hadiah lah itu lah ini lah, lawak weh. Boleh boleh nak kasi hadiah, kasi rabbit ye? Whoaa then I’ll have lots of rabbits omooo kyeoptaa! Whatever it is, I survived this war. Kenapa panggil war senanye? Sebab masa ni lah orang duk berebut kelas, kalau penuh terpaksa cari kelas lain. Till then, annyeong!