Haram is Haram

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

We can see worse things happen to the world today because the end of the world is coming. Bak kata orang melayu, dunia makin tenat, dunia akhir zaman. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Fitnah sana sini. Sebagai muslim, malu tengok perkara-perkara macam ni tapi lagi malu dengan diri sendiri sebab tak mampu bersuara nak menegakkan agama Allah, dan malu sebab diri sendiri dua kali lima je dengan dorang. Lembik macam ni nak jadi khalifah Allah? Dream on, sister!

FYI, I was a kpopper. No, bukan sekadar kpopper yang layan lagu je but kpopper yang boleh tahan fanatik. Layan kpop everyday tapi Quran jangan harap nak sentuh everyday. Kenal beratus artis korea tapi kalau ditanya 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga, jangan harap boleh jawab. And wa pernah pergi tengok konsert nyanyian artis kpop, my favourite boy band. Oh tak bukan yang beli tiket sampai beratus tu. Fanatik fanatik jugak tapi tak sanggup habiskan duit untuk konsert, baik beli makanan, kenyang pun kenyang iye dok?

I went to Karnival Jutaan Belia and I was lucky sebab dapat free pass untuk masuk and duk betul-betul depan stage. And then there was the moment yang dorang ajak the fans naik stage. Of course I wanted to get up there to be with them, they’re my favourite boy band! I can just put my hand up and get easily chosen because I was right in front of them but no I didn’t do it. Because the first thing that crossed my mind at that moment was, “kalau aku naik, confirm akan berlaku skinship – salam or peluk” so I decided not to. Alhamdulillah Allah bagi peluang berfikir dengan waras, masih lagi mampu membezakan halal dan haram walaupun berada dalam konsert tu pun dianggap melalaikan sebenarnya, dengan lelaki perempuan bergaul bebas, terlanggar sana sini masyaAllah sister, menyesal banget.

My point is, no matter how obsessed you are over something, you must know how to differentiate between halal and haram. Yang haram tetap haram. Minat tak salah, tapi jangan sampai taksub. Takde ah alasan “tapi ni peluang sekali seumur hidup” atau “tapi dorang sweet.” Regarding the Muslim girls who went viral lately, I was kinda sad seeing our Muslim girls went too much on their obsession. Tak cukup dengan tu, ramai bebeno yang jadi keyboard warriors nohh. Suka lettew dapat bukak aib orang. Eh awak ingat tau, awak bukak aib orang, Allah bukak aib awak. Benda nampak macam takde pape, tapi itu aib dia. Nak tegur biar berilmu, biar berasas, tak perlu mengutuk menyindir.

Hanya sebab viral tu berkaitan dengan perempuan muslim dengan lelaki non-muslim, semua kecoh mengutuk mengata sana-sini. Awak, hiburan kat negara kita pun sama. Lelaki orang dengan bini orang peluk tanpa segan, sentuh sana sini dalam drama dalam movie, untuk hiburan semata katanya. Eh ingat, haram tetap haram! Awak, orang-orang yang couple pegang tangan peluk-peluk tu pun sama je. Sweet kononnya, relationship goals kononnya, maksiat goals ade lah. Hadei kata negara Islam tapi penduduk dia perangai tak macam orang Islam.

Jangan sampai hiburan dan godaan syaitan butakan mata kita sampai tak mampu nak bezakan mana yang baik mana yang buruk, mana yang halal mana yang haram. Tak cukup ke nikmat yang Allah bagi? “Apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan.” (Surah Al-Jumuah : 11) Dan jangan hanya kerana kita tak buat silap yang sama macam dorang, kita boleh mengutuk sesuka hati. Daripada duk sibuk mengata orang, alangkah baiknya awak doakan dorang dapat hidayah dan dibukakan hati. Kita manusia, sama-sama pendosa, tapi tak bermakna kita tak boleh berubah jadi lebih baik. Maaf andai penulisan kali ni ada tersakitkan hati sesiapa, sekadar meluahkan bukan menghukum.

Stop jadi keyboard warriors tak bertauliah ye.