Banjir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Recently, banjir melanda Malaysia terutamanya negeri-negeri di kawasan pantai timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aku rasa kelantan la yang badly affected, yang lain mungkin teruk jugak tapi tak seteruk kat Kelantan. Certain kawasan yang tak pernah kena banjir pun kena jugak. Total damage takyah cakap, probably berbillion. Bukan kata dorang tak bersedia leklok nak hadapi banjir tapi air naik cepat sangat, tengok-tengok dah cium lantai rumah.

I was on the way to KL yesterday, by car. Oh lupa nak habaq cheq orang kelantan, walaupun cheq suka cakap bahasa utagha tapi cheq anak sejati kelantan. Kat Lemal (somewhere in Pasir Mas), bahu jalan habis pecah as if ada gempa bumi berlaku. Pagar rumah orang runtuh, stall kedai jual nasi terbalik. Kat Kuala Krai pulak, it looks like an abandoned city. Lumpur sana sini, kedai-kedai semua kaler coklat dah (bersalut lumpur). It looks almost like 'tsunami kecil'. Dekat kawasan kampung, boleh nampak dengan mata kepala sendiri rumah-rumah yang runtuh, yang hanyut, barang-barang bersepah kat luar rumah macam tempat pembuangan sampah, tilam baju semua terdampar kat luar. Bukan tak nak basuh, air takdak bro. Elektrik pun belum ada, I don’t know dorang tidur kat mana. It must be scary at night for them, dengan lilin takde, binatang berbisa masa ni lah dia nak mai. Rumah cheq sampai 3 ekor lipan masuk.

Tudia sawah padi takde rupa sawah dah.

Tu yang kita nampak from tepi jalan. Yang kat kawasan pedalaman tu? Tak boleh nak imagine. Sepanjang perjalanan kat Kuala Krai tu, mata disajikan dengan pemandangan yang sedih hang tau dak! Kitorang bersyukur Alhamdulillah walaupun rumah masuk air banjir tapi tak seteruk yang depa kena. Kami sempat alihkan barang, tapi dorang? Kami sempat selamatkan diri for a while, tapi dorang? Rumah kami still kukuh walaupun kena pukul dengan arus air yang deras, tapi dorang? Bila tengok keadaan dorang, memang gila lah kalau still tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita at least ada tempat berteduh, makanan, air sikit-sikit. Tapi dorang, duduk dalam lumpur.

Terkilan jugak la sebab orang-orang luar sana sibuk dengan benda lain, contohnya duk sibuk nak pi tolong ambik kapal terbang mainan tersangkut kat pokok (paham ah sendiri), sedangkan rakyat negara sendiri ada masalah. Entah berapa ramai orang yang terkorban sebab banjir ni, wallahualam.

But whatever it is, kembali kepada Sang Pencipta. Dia bagi ujian sebesar ni kat kita semua, for sure ada hikmah sebaliknya. Allah nak uji kita sama ada kita bersyukur atau tidak, Allah nak uji iman kita di saat susah dan senang. Allah sebaik-sebaik penolong, mohonlah doa pada-Nya. Mungkin tak diringankan penderitaan luaran tapI in shaa Allah dilapangkan penderitaan dalaman. Terus tenang, pelangi akan datang :)

Private pool depan rumah. Nehhh no thanks.