Iqra'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

I’m not a person who loves to read. Kalau baca novel, nak habiskan satu bab tu punyalah liat sampai dua tiga kali belek-belek page seterusnya sebab nak kira berapa page lagi nak sampai ke ending bab tu. Tu baru ending bab, ending satu buku? Lagilah liat. Tu novel, kalau buku study? Liat kuasa infiniti. Certain orang baca novel boleh habis satu hari, ada jugak satu hari satu bab. But me, satu hari setengah bab kekadang skip satu hari tak baca langsung pastu ade hari baca sampai lima bab sekaligus. Tak konsisten, uh.

Tapi!

Okay ah tu, membaca jugak kan. Tak membaca tak luas pengetahuan. Tapi kalau semua buku yang duk baca tu genre cintan cintun je, bukan luas pengetahuan, luas angan-angan namanya. I’ve read The Fault in Our Stars, Eleanor & Park and Losing Hope recently, in a row and yes ade ah feel konon tengah dilamun cinta tu. Paling takleh blah bila baca Eleanor & Park. Bila sehari tak baca, mula rasa rindu kat Park, like seriously acano cheq boleh rindu watak novel ni der hah tulah kuat berangan lagi. 

Ade ah terstalk instagram sorang coursemate ni, dia punya latest updates semua pasal buku. Buku ilmiah la yang pasti, tak main buku cinta merepek ni (ouch kena batang hidung). Macam jealous jugak ah sebab dahlah dia budak DQ, orang hafaz Quran kot. Pastu rajin pulak baca buku ilmiah – pasal ekonomi, pasal Islam. Jealous dengan ilmu dia. Kalau aku, selagi takde keperluan terdesak, contohnya exam, takdenya aku nak baca buku-buku ni. Lepas exam terus lupa apa yang dah belajar, lagi teruk. Sebab niat belajar tu salah, sebab tu tak lekat ilmu tu. Belajar semata-mata nak dapat result elok, bukan nak dapat berkat Allah, masyaAllah sister.

Kekadang tu try jugak baca buku-buku macam tu. Kalau majalah Jom! tu memang favourite sebab grafik lawa and cerita best-best. Even dia majalah je, okay la kot untuk beginner ni. Makin banyak ilmu kita dapat, makin banyak sebenarnya yang kita tak tahu. Bila dah kat universiti ni rasa macam otak siput sedut sebab orang lain semua hebat-hebat, ada ilmu and bijak guna akal nak berhujah. Kita tukang dengar je sebab ilmu tak berapa nak ada. So, bacalah anakkku (eh). Biasa ah cheq ni, pandai cakap pandai bagi nasihat, buatnya idok.

Tahu kan wahyu pertama yang turun – Iqra’, selepas penurunan wahyu pertama tu, umat Islam jadi umat yang terkehadapan di dunia. Semua perkara yang orang Islam buat, semua nak ditiru oleh orang lain. Hebakk gitu katekauuu so meh la jadi hebak jugak. Maka dengan itu, Iqra’ (bacalah).

Buku, buku jugak. Quran tu baca ah jugak, buku manual kehidupan tu. Senyum ;)