Dear Society

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

I used to love this society. Used to. How sad and I’m sorry it can’t be helped but you guys punya attitude give me no choice. Sumpah memang dah tawar hati dengan perangai masing-masing. Last sem semua bersemangat, every program semua bagi komitmen. But now? Pheww berapa kerat je yang ambik kisah. Aku bukan nak cakap aku baik sangat oh please you don’t know the real me tapi kekadang tu penat jugak lah bila kita jadi antara beberapa kerat yang ambik kisah tu, sedangkan orang lain acuh tak acuh je. Sebab penat? Sebab last sem? Guys please, semua macam tu kot. And aku pulak sem ni semua subjek yang baru bagi aku so aku pun reti penat aku pun nak study. Result midterm aku quite bad, tak salahkan society pun – cuma nak salahkan perangai korang yang buat aku stress sampai hilang fokus. Or mungkin sebenarnya salah aku sendiri. Ye salah aku sendiri.

Society kita, member berapa orang je pun kalau nak compare dengan society lain. But still you guys never take that as challenge that even though we’re small, we can actually make this work. But no, no effort at all! Macam-macam perangai. Yang suka buat kerja last minute, yang tak ambik kisah and tak bagi komitmen langsung, yang jenis banyak tanya before baca discussion dalam whatsapp padahal jawapan semua ada dalam discussion, yang jenis suka merepek benda bukan-bukan tapi bila orang tanya benda penting, takde nak dijawabnye pun. Entahlah penat sangat. Jobscope aku takdelah susah sangat tapi bila terpaksa layan perangai tak professional ni, kerja yang senang jadi susah.

Tak pernah mintak appreciation from sesiapa pun. And tak pernah suruh orang mintak maaf. Cuma nak korang jadi more responsible. And I’m such a coward for not being able to say this to you guys because yeah you might not take this in a positive way. Kekadang bila tegur sikit, all you can say is sorry but never do anything to fix things up. I don’t need your sorry la bro, sebab ‘sorry’ kau tu takleh bayar balik aku punya penat dan sakit hati. Kekadang bila tegur sikit, mulalah dikata aku jenis rebel lah, suka marah-marah la. See? Mentaliti pun sempit. Penat dah, penat sangat. Cukuplah pengalaman dengan society ni buatkan aku tak nak join mana-mana society dah nanti. I know I’m gonna burst one day and I told you I’m not as good as you see.

Sorry and thanks for everything, dear society.