Sabar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tak tahu apa salah aku asyik kena deal dengan orang yang perangai dia jenis sangat mencabar tahap kesabaran. Well, Allah tahu aku bukan jenis penyabar, dia bagi aku ujian kena hadap orang macam ni, so that aku belajar untuk sabar. Sabar demi jaga hati orang. Sabar walaupun hati sendiri sakit terkoyak rabak. Sabar walaupun asyik kena mengalah even orang lain yang salah. Sabar sebab sabar itu sebahagian daripada iman. Nak jadi orang beriman kan? Cuba sabar dulu. Perkara sekecik tu nak melenting lek ah sister, Rasulullah saw dulu terima macam-macam fitnah, ada baginda melenting? Never sis, never. So Athirah, kau nak contohi baginda tak? Then belajar la sabar ye. Allah takkan uji kau dengan perkara yang kau tak mampu nak hadapi. Mungkin one day kau boleh settlekan problem dengan orang macam ni dengan cara lebih berhikmah, dengan cara tak menyakitkan hati sesapa. In shaa Allah. Aku masih belajar, lisan aku belum cukup baik, setiap kata keluar dari mulut aku memang ade je akan sakitkan hati orang. Kita belajar cara dakwah Rasulullah saw, cara dengan penuh hikmah. Trying to be positive, trying to be strong.

And I need my family.