Dakwah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Macam mana kita nak sampaikan dakwah?” – Kak Sumayyah, 2014.

Bila ditanya camtu, I was like hmmm acano aku berdakwah ye? Eh aku berdakwah ke pun, macam banyak lagho je masyaAllah sister. Aku bukan jenis yang berani menegur silap orang, sebab aku sendiri tak perfect, banyak kekurangan lagi so nak tegur orang pun macam tak sesuai je. Plus cara nak approach orang, cara nak tegur orang ni kena betul. Silap cara, mau tak bercakap seminggu dengan orang tu. Worst, putus hubungan. Nauzubillah mintak dijauhkan la ye. Korang, kalau ambo tegur sebab ambo sayang tau, bukan saja-saja nak malukan ke hape. Kita sama-sama menegur la ye, kata nak masuk syurga together-gether?


Point dia, tak perlu tunggu diri sendiri jadi sempurna dulu baru boleh nasihat orang. Kalau macam tu nampak gayanya memang sampai bila-bila agama Islam tak berkembang sebab dalam dunia ni takde sape yang perfect.

Eh back to the main point, “macam mana sampaikan dakwah.” Cara simple, thru pemakaian and akhlak. Ambo nok tanyo – kalau kita tengok orang yang comel akhlak dia, jaga aurat dengan sempurna, sopan-santun, lemah-lembut, acano kita rasa? Sejuk mata memandang kan. Rasa nak jadi macam dia je kan. Ambo dok pandai nak berdakwah dengan mulut jadi ambo try dakwah dengan pakaian je. Akhlak tu hmmm macam tak boleh nak dicontohi lagi sebab jujur, ambo bukan muslimah yang sopan-santun. Kalau bercakap, orang duduk jauh sebatu boleh dengar hahaha ‘sopan’ sungguh anak dara ni.

Bila tengok ada member dah start tutup aurat dengan sempurna, rasa sejuk je hati. Walaupun ambo bukan penyebabnya, tapi harapnya ada la menyumbang sikit-sikit. Tudung tutup dada, aurat lengan jaga leklok, pakai sarung kaki. Kan comel tu sister? Hiks. Moga kita semua terus istiqamah ye.