Aidilfitri 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Happy Eid Mubarak! This year, celebrating Aidilfitri as nineteen and masih lagi beraya tanpa suami di sisi. Hiks gatai noh. Wehh cheq nak habaq sikit, bila raya ni makin menjadi-jadi aura nak kahwin tu. Sebab asyik tengok baby yang comel gebu gilos, and makes me so eager to become an ibu! MashaAllah sister, you’re only 19! Takyah nak gedik sangat please, takde jantan nak kat kau pun. Lelaki ramai. Ehhh? Hiks.

Ramadhan tahun ni terasa cepat sangat. Taktau la terasa cepat tu sebab penuh dengan perkara yang baik atau just bazirkan Ramadhan dengan perkara lagha. Tapi harapnya dah manfaatkan sepenuhnya in shaa Allah. Another Ramadhan in Mahallah Maryam and it will be the last. Next year dah masuk degree, takde dah Mahallah Maryam. Hashtag – Mahallah Maryam dalam kenangan. Some new experiences, pergi berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya (or known as Masjid Besi). It’s kinda fun going for terawih at different places, so that you can feel the difference of each place. Terpikir lah pulak, why don’t sepanjang bulan Ramadhan, kita pergi terawih di tempat yang berbeza. Like, ada 29 hari Ramadhan, then 29 tempat lah kita pergi. Not impossible, right? Hiks, harapnya masih lagi diberi peluang nak jumpa Inche Ramadhan pada tahun depan.

Dan harapnya, kita tak tergolong dalam orang yang menjadi hamba Ramadhan. Janganlah dalam bulan puasa je kita rajin nak baca Quran, rajin nak buat solat sunat, rajin nak bersedekah. Ingat, Ramadhan bukan bulan sementara untuk kita tingkatkan amalan kita, tapi bulan yang menunjukkan apa yang kita mampu buat dalam kehidupan seharian. Kalau dalam bulan puasa boleh baca Quran after every solat, kenapa tidak bulan lain? Ni just simple reminder especially untuk diri sendiri, harap dapat istiqamah dan terus lakukan amalan baik di bulan-bulan lain.

Hmmm macam banyak cerita tapi tak tertaip. Okbai mohon carikan suami yang tinggi handsome ada janggut seciput dan yang penting sekali, ilmu agama mantop, boleh pimpin cheq pi syurga iye dak? Hiks gatai tak sudah. Maaf zahir batin ya sahabat :)

Nota jari : I rarely put photos nowadays :')