Support

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kau tahu, perkara paling susah sekali dalam proses berhijrah ke arah lebih baik daripada sebelumnya ialah istiqamah. Sebab kadang-kadang tak yakin dengan diri sendiri, kadang-kadang sibuk sangat pikir ape orang nak cakap ape orang nak fikir, kadang-kadang iman tak kuat, kadang-kadang penat nak lawan nafsu sendiri and kadang-kadang takde support. Kau kena paham, orang yang nak berubah ni perlukan sokongan. Sebab dia masih lagi mencari jalan menuju Allah and for sure lah kita tak nak niat baik dia tu stop tetiba tengah jalan kan. Support! Susah sangat ke? Bukannya dia mintak kau berubah bersama-sama dia (walaupun tu niat yang baik), dia just nak kau support. Ni tak, bukan support malah seperti mengajak dia menjadi seperti dia yang dulu, yang teruk.

Kau kena paham kalau dia cuba menjaga aurat dia. Pikir sebelum cakap something like :

"Dah pakai baju lengan panjang, tak payah lah pakai handsocks."
"Alaa sekali ni je pakai baju ketat, takde pilihan."

You know, in life there are like thousand choices. Whatever you said might sounds nothing to you, but to that person, it means you aren't supportive. Entahlah, jujur aku tak tahu siapa ade dengan aku sekarang. Allah ada, ye aku tahu. Tapi bila orang yang paling dekat dengan kita, yang paling kita sayang tak boleh jadi orang yang support kita ... I don't know I just feel empty. And it even crossed in my mind to just stay like who I was before. Astaghfirullah.