Fastrain Camp

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Last weekend aku join kem Fastrain. Jujur ikhlas dari lubuk hati memang sumpah aku tak nak pergi. Sebab ; kasut sukan takde, malas, homework banyak, not in the mood for any camp, malas, penat, nak rileks je time weekend and malas - entah berapa kali malas dah tu. See how 'logic' my reasons were. Nak tak nak pergi jugaklah, next time I'll come up with some logical excuses such as "Sorry I couldn't come, I'm getting married this weekend" maybe? Tak habis habis gedik pasal kahwin.

Day 1
Arrived at Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam. This moment aku dengan Aimi memberontak (dalaman) sebab kitorang dibahagikan ikut group lain-lain. Memang kitorang time tu just pikir nak balik, nak balik, nak balik. For the first time rindu mahallah dengan jayanya haha. Good thing was that we're in the same dorm but still, kena tidoq dengan groupmates. Tak boleh sesuka hati pi tidoq dengan member group lain. Yelahh memberontak lah because I'm not that friendly and susah nak adapt dengan orang lain tapi Alhamdulillah,  I don't feel the extreme awkwardness with new people. I think I've changed, maybe? Alhamdulillah it's an improvement.

That night, ada talk pasal peranan facilitator. Bakal jadi faci dah aku, faci fardhu ain pulak tu. Boleh punah bebudak ni kalau dapat aku as their faci haha kay tak lawak. After that kitorang ade main game somewhat like musical chair. Game berebut kerusi lah senang cite. And then midnight, mata dah kuyu merayu-rayu nak tidoq, tetiba pulak group nak discuss pasal logo group lah group cheers lah and so on. Because we're running out of time, nak tak nak kena discuss malam tu jugak. Discussion in sleepy mood, maka terhasillah nama group 'Ohana' (inspired from Lilo & Stitch) and our group cheer was the best part I guess.


"Ohanaaaa!
Wah! Hebat!
Wah! Wah! Hebat! Hebat!
Wah! Hebat!
Wah! Wah! Hebat! Hebat!
United, we stand!"

And that night I ended up sleeping at 2 and woke up at 4. It's great wasn't it? Really 'great'.

Day 2
That day aku tak mandi pagi. Haha sejuk baq hang! Another talk in that morning, tapi disebabkan semalam tidoq tak cukup, so ... can you guess what happen? Yeahhh dengar talk sambil tidoq. Entah ape yang aku dapat from the talk, asyik tido je kerja aku. MashaAllah sister, you're hopeless and useless. *point kat batang hidung sendiri*

Petang - explorace! Veghy veghy penat cari satu checkpoint ke satu checkpoint yang lain and selesaikan task yang dorang kasi. Yang paling takleh blah kena pecahkan belon dengan sumpit and kena makan bawang and sayur. Like seriously? Kamek bukan oghang Sarawak and I'm not a vegetarian aaa. The best part bila kena selesaikan task dalam sungai. Air dia punya sejuk takyah cakap ahh boleh terkencing dalam sungai tu tapi demi task ku gagahkan jua eceh ayat takleh poyo lagi ke. Time selesaikan task tu basah tahap lutut je, tapi bila dah siap task, kena ambik gambar and semua kena duduk dalam air. That's it, the end of baju kering. Habis semua basah. Kasut pun basah sebab tak sempat nak keringkan kaki dah kena rush pergi checkpoint lain. That night main game silent killer. Game yang agak complicated at first sebab aku tak paham ape instruction dia haha tulah, ingat tido je. And alhamdulillah that night tidoq awal sikit, almost pukul 12 kot.

Day 3
The last day - final battle between all groups. Did I mention we have all 9 groups consist of 2 groups of brothers and 7 groups of sisters? Haha brothers awat sikit sangat. Okay final battle paling best sebab kitorang semua (sisters only) yang terdiri daripada 7 groups tu bersatu nak attack akak-akak commitee in order to disfuse a bomb (kononnya laa padahal batu je bom tu haha). Starter tu memang terasa berdebar gila nak mati sebab ada laungan takbir so tetiba rasa macam nak pergi berperang jihad la kononnyaaa. Peluru dia - belon air. Hah baling ah sampai basah kuyup. Aimi awal-awal lagi dah syahid sebab terkena splash from air belon tu. Eee rules ketat gilaa, terkena percikan air je pun dah out!

Then fasa yang last sekali bila mana semua buat chaos kat kubu commitee kat tengah tu sampai dorang kehabisan peluru and berlakulah pergelutan yang sangat dahsyat. We all the group members serang akak commitee and pegang sampai dorang takleh gerak. Maka di situ bermula insiden kasut di muka, tudung hampir tercabut and tangan digigit oleh akak commitee haha bak kata Kak Khadijah - "hilang sifat keperempuanan" sebab ganas gila. Alhamdulillah kitorang berjaya disfuse bomb tu and hadiah dibahagikan sama rata antara 7 groups walaupun sebenarnya boleh je kalau satu group nak menang dengan syarat rampas semua bendera group lain. Tapi sebab kitorang awal-awal dah deal and dah bersatu nak attack sesama so macam tak adil lah kalau tetiba jadi selfish pergi rampas orang lain punya. Nampak tak semangat setiakawan kat situ? Walaupun tengah dalam war, still boleh bersatu.

And after solat Zohor, kitorang memasing tunggu bas yang nak balik ke PJ, Gombak and Gambang. Sedih jugaklah nak berpisah dengan groupmates because we've been through all things together. Tidoq sama-sama, pergi mana-mana pun sama-sama, makan dalam talam sama-sama. For the first time aku makan dalam talam, fun experience though. Thanks to the commitee for making such efforts for this camp and thousand thanks to my groupmates for made my days there - Kak Nisa, Kak Najaa, Kak Ya, Kak Dayah, Kak Ruzana, Kak Syifa' and Maisarah. Terharu tau bila nak balik tu dorang cakap "Nanti kalau kitorang gi Gombak, kitorang bagitau Thirah." I'll wait for you, sisters. Hoping our ukhuwah will last long :)