Ramadhan in IIUM

Assalamualaikum ♥

It's been a month I'm here and it's Ramadhan already. First time menjalani ibadah puasa berjauhan daripada family. Aku ade balik Kelantan sebelum start puasa, tapi sekarang aku rasa nak balik lagi, sebab aku nak makan masakan mama. Kat sini alhamdulillah makanan okay tapi disebabkan aku beli awal sebelum masuk waktu berbuka, so makanan tu dah sejuk lah. Kalau nak beli nak dekat2 waktu berbuka tu, jawabnye dapat makan selepas orang dah lama azan lah.

Kadang-kadang aku pergi berbuka kat masjid, free haha. That's not the point actually, aku suka berbuka kat masjid sebab suasana berbuka tu, makan ramai2 sambil bersila atas tikar. Free of charge tu kira bonus lah kan, sambil boleh jimat. Untung-untung ada makanan lebih, boleh bawak balik untuk bekalan sahur [so far aku takde la buat camtu].

Terawih kat Mahallah Maryam dibuat kat parking lot. You know, solat terawih berlantaikan batu bata and berbumbungkan langit. Pengalaman baru kan, quite best lah walaupun kepala ade sakit sikit terhantuk batu haha. Experience beb, kalau tak try mana nak tau kan. Kitorang solat kat parking lot sebab kitorang punya mahallah takde masjid tersendiri. Kitorang cuma ade MPH (multipurpose hall), tu pun memang tak muat ah kalau nak sumbat semua orang solat kat situ.

Yeahh that's all. Serius aku rasa macam banyak gile benda aku nak bagitau tapi aku rasa kekok sebab lama tak berblog. Cehh lama la sangat kannnn. Till then, annyeong :)