Teori Burung


Assalamualaikum ◕‿◕

Hari ni first day exam. For this year. As Form 5 student. The senior year. Duhh perlu ke mention senior year tu? Anyway, first day exam of course lah paper BM kan. Tengah syok jawab soalan tadi, tetiba terganggu dengan kes burung ni.

Dia bagi peribahasa, and kita kena cari peribahasa yang sama maksud. So ade la peribahasa yang sangat memusingkan kepala otak ni.
Burung terbang dipipiskan lada
Maybe kitorang ni perasan bagus sangat sampai tak perasan pun peribahasa ni wujud. So mulalah buat teori masing-masing. Teori yang memang tak boleh pakai kot.


Teori saya :
Burung tu kena baling dengan lada so dia terbang tak betul and takde arah. So saya jawab 'layang-layang terputus talinya'.

Teori McDa :
Burung tu kena ikat lada kat kaki die so die jadi panas kat kaki and tak boleh jalan.

Teori Emi :
Burung tu kepit lada kat sayap die so die tak boleh nak terbang.

Teori Fatin :
Burung tu berak keluar lada so die tinggalkan jejak bila die terbang.


Semua teori lain-lain. Dahla teori macam budak-budak. Tak tau yang mana satu betul. Saya punya lagi mengarut. Kena baling dengan lada? Sape nak baling lada kat burung? Dasat. Lantak kau lah burungggg~

Cik Tyrah

Comments