Resipi : Popia Nestum

Assalamualaikum


Hari ni nak share resipi buat Popia Nestum. Sedap wa cakap lu. Chrispy gitu. With helps from Syiqin punya kawan, kak Maryam. Thanks.

Bahan-bahan :
1. Susu tepung
2. Nestum (kisar sehingga sederhana halus)
3. Gula halus @ gula icing
4. Kulit popia

Cara-cara :
1. Gaul bahan 1-3 hingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara untuk elak masuk angin.
2. Gulung kulit popia sekeping demi sekeping.
3. Gunting/Potong kulit popia yang dah digulung tu secara menyerong.
4. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
5. Selepas digoreng, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan yang dah digaul sebati tadi.

Maklumat Tambahan :
Kalau kulit popia tu tidak melekat di hujungnye, boleh gunakan air atau telur sebagai pelekat.
Nota Jari : Sukatan tidak disediakan. So buat sukatan sendiri hee.
Cik Tyrah

Comments

baca entry ni.. jadi lapo~~ haha.. :D
Faha said…
nyam..nampak cam sedap :p
nur ain sazlin said…
yeahh . sedapsedap . ain dah pernah buatt kat sekolah tahun lepass . sekali dgn umi aniss :)