Jom Tidur!

Holla darls 

Paper Fizik tadi, payah gile. Entah ape yang saye jawab. Main hentam je. Anyway, exam sudah habis. Err not yet actually. Tapi kira break sebentar sebab minggu depan takde exam. Sambung minggu depan satu lagi. Weeeee. Suka suka! Nak tidur puas-puas, qada balik tidur yang tak tertidur tu. Hoho. Tidur tidur jugak, Chemistry dengan Prinsip Akaun still ade. Adoi, Chemistry. PA lak, akaun pelarasan tunggang langgang lagi nih! Penatttt!

Tadi kan, bunyi kompang dari bilik muzik tu memang annoying gile! Dorang macam tahu je kitorang ni bengang, so dorang sengaja main kuat-kuat. Pecah gegendang telinga. Bingit! Tapi tu time pagi je. Time tengah hari, dorang main keyboard. Antara lagu-lagu yang dapat saye kenal pasti :

1. U-Kiss - 0330
2. Beast - Fiction
3. Super Junior - Mr Simple
4. Demi Lovato - Skyscraper
5. Justin Bieber - Baby
6. Kiroro - Mirae

Best dorang main. Nak main jugak. Dulu reti main lagu Wau Bulan je. Tak mboh tak mboh. Nak main 0330 jugak! Tak pun Someday. Tak pun lagu Just a Kiss by Lady Antebellum. Best woo! I don't know why tapi lagu Just a Kiss tu reminds me to buah hati. Hoho die melucukan la. Nampak saye je, lari. Pemalu sangat. Or maybe bukan malu, tapi menyampah. Sokay, saye terima je. Takkan la nak paksa orang suke kita kan?

Jom tidur!