Resipi : Cupcake Oreo


Hari tu ade buat cupcake, tapi tak banyak and tak cukup nak share dengan kawan-kawan. So hari ni aku share resipi die jela. Korang boleh try sendiri. Tak sedap takpe, percubaan pertama :)

the main ingredient, OREO. Takde oreo, bukan cupcake oreo la jawabnye.
Cupcake Oreo
Bahan-bahan :
2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu air panas

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius
2. Ayak bersama tepung, serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam
3. Pukul gula, telur, susu, minyak dan esen vanila sehingga kembang
4. Masukkan bahan-bahan yang diayak, air panas dan gaul sebati
5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 22 ke 25 minit
Krim Aising
Bahan-bahan :
250g mentega
450g gula aising
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan
3. Hiaskan di atas kek

For better result, guna mixer ok.

resipi tajaan : dilladeli.my