Adik Bongsu I Mencuri???

Hoho esok exam PKBS 1 yo! Tapi sempat lagi I godek-godek laptop ni, saje nak update pasal adik bongsu I, Arishah :)

muka gangster :p

Alkisahnye, I menyibok la kan kat bilik Syiqin, buat revision kononnye. Padahal, landing atas katil pikir pasal 'Ki Seop' sambil senyum-senyum kucing. Oh minah miang gatal. Lepas tu kan kan kan, Leena datanglah kan, mintak nak tukar duit skeleng. Hoho duit syiling doe.

Mungkin si kecik ni rasa die dah besar and nak tunjuk yang die ade duit jugak kan, die datang bawak purse die. Actually purse tu, ex-purse Syiqin. Rishah reuse doe. Lepas tu kan kan kan, Rishah nak bagi duit syiling die kat I. I cakaplah kan "Adik, adik simpan lah duit tu. Jangan bagi kat Atiyah." Atiyah - nama komunikasi I dengan Rishah. Time die kecik cinonik dulu, die pelat lagi kan, so die panggil I Atiyah. Dah terbiasa sampai sekarang.

Lepas tu kan kan kan, die cakap ;
"Ni bukan duit Arishah, Arishah curi."
Dengan selambe je die cakap macam tu. I pun macam shocked jugak lah kan. Kecik kecik lagi dah panjang tangan. Then I tanya, "Adik curi mane?" Bangang punye soalan. Haha :D Dengan muka seposen, die jawab, "Arishah curi dalam botol susu." Hoho percaya lah kau botol susu simpan duit. Eh ade tau. Nie~


Actually, botol tu simpan duit syiling yang terbiar kat dalam rumah. Al-maklumlah, semua perasan kaya kot, kalau tengok duit seposen, sepak macam tu je. I tak, I kutip ok. Tak cukup seposen, tak cukup sejuta tau! So Rishah tu tak dikira mencuri la kot. Sebab mama pun pernah bagitau, "Adik simpan duit adik dalam ni, ok!" Tapi ekspresi muke die memang tak boleh blah la time die buat hot confession tu. Ceh hot ke? Muka selambe gile. Mulut tu sesedap rase je :)