Kejohanan Merentas Desa 2011

Hoho hari ni hari kejohanan merentas desa. Aku, Syiqin & Lina satu group. Rumah merah, Abu Bakar As-Siddiq! Take note people, tahun lepas rumah merah juara ok! Bukan rumah hijau! Apasal la diorang ni asyik cakap rumah hijau yang menang tahun lepas, dah hilang ingatan ke ape?

Time merentas desa tahun lepas dan lepas dan lepas, takdelah semput macam ni. Memang rasa macam nak tergolek dah. Memang aku dah nak rebah kat checkpoint dekat tali air tu. Kaki ni, degil nak mampus! Suruh lari tak nak lari. Takpelah, kau jalan jela, nak sangat kan. Eh bangang da marah kat kaki. Takde air, babe! Aku kehausan, memang perit doe tahun ni. Aku tak sempat nak minum air sebelum lari. Lepas sampai je, ambik air, minum habis sebotol. Haus doe!

Aenn, Mcda & Bie tengah sibok bagi makanan time aku sampai tu. Aku tak tahu nak menyibok kat mana. Then pergilah lepak kelas Syiqin kejap. Lega dapat kipas. Eh bukan dapat kipas, dapat angin. 

Time nak umumkan juara kan, umi, abi, principal marah doe. Sebab ade kes lempar batu and kes menipu! Whoa yang ni memang aku nak marah gile! Alkisahnye macam ni lah kan, time abi nak lepaskan Perempuan B (kategori 15 ke bawah), ade Perempuan A (kategori 15 ke atas) yang menyibok sekali kat situ. Hoho aku pun ade jugak. Tapi aku sempat keluar. Takut kena marah dengan umi abi. Dahlah ramai, rumah merah pulak tuh! Huh, angin betul la aku! Tak pepasal rumah merah yang sepatutnye jadi juara dengan point 700 lebih, jatuh jadi tempat ke-4. Yang jadi juara, rumah hijau dengan point 300 lebih! Sedih sedih sedih T__T

Tapi kan, orang ramai bersimpati la kan dengan kitorang yang tak buat macam tu kan. Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Haish, memang geram nak cekik je manusia itu. Tapi nak buat macam mane, benda dah jadi. Tak boleh nak reverse dah. Apa punya orang daaa.