Alhamdulillah :)

Result PMR diumumkan hari ni. Memang nervous gile. Sakit perut tak henti-henti. Bukan sebab nak melabur ok. Tapi sebab terlalu nervous, sampai sakit perut. Time nak pergi ambik result, punyalah sesak. Berebut situ, berebut sini. Lagi teruk, ade yang menjerit kat tepi telinga aku. Bengang telinga aku. Aku tahu korang happy tapi menjerit lah jauh2, jangan kat tepi telinga aku. Dahlah telinga tak berape nak betul, nanti aku jadi pekak kang, sape susah. Doktor telinga jugak yang susah :p

I got straight A’s! Alhamdulillah. Tak expect langsung ok. Principal bagitau peratusan subjek English turun so I thought I will get 7A or less. Science! I got A! Tak masuk akal betul. Aku confuse lepas ambik slip dengan Umi Suriani. Happy? Sedih? Terharu? Yang pasti, aku memang bersyukur. Air mata tak nak keluar. Air mata pun confuse kot. Tak tahu nak buat ape. Oh, tak sempat salam dengan Umi Su tadi. Ni semua kes kanak-kanak ribena yang berebut-rebut nak ambik result. Takpelah, anyway thanks Umi Su for everything. Thanks untuk semua Umi and Abi! Love you all!

Aenn dengan Bie dapat 8A. McDa dapat 7A @ 6A. Tak sure result dia camne. Sebab dia balik awal tadi, tak sempat nak soal siasat panjang-panjang. Takesahlah result macam mane pun, dapat masuk form4 jugak. Everyone keep saying like that.