Saturday, September 24, 2016

Common Sense

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

video

From korean drama - Age of Youth.
(Saja speed up video tu sebab nak reduce duration dia)

Scene drama tu cerita pasal seorang budak ni baru masuk rumah sewa students and dia macam rasa tak selesa la dalam rumah tu sebab dia rasa roommate dia tak peramah tinggalkan notes yang sounds so unfriendly asyik suruh dia jimatkan elektrik, housemate dia yang ambik kesempatan suruh bawak balik beg ke rumah and makan makanan dia dalam fridge, and the other housemate yang main masuk je toilet bila dia tengah mandi.

When I watched this, it reminds me to the sayings "Common sense isn't common to everyone." And yes it's true, what you perceived as common to you might not be common to everyone. Bila orang buat something yang kita tak suka, mulalah bising depa ni takde common sense ke apa blah blah.

Guess what, those people got no idea that their doings are disturbing you. Not until you tell them so.

Dan problem kita, tak bagitau directly to that person. Hang ingat semua orang mind-reader boleh tahu apa benda dalam kepala hang? No, dude. Aku pun pernah jugak ada problem dengan roommate yang borak dengan kawan tengah-tengah malam time orang nak tidoq, and aku tak bagitau directly -  I posted on facebook instead. Whoa nice Tyrah, problem 'solved'. Yeah she read that but I felt guilty because that problem supposed to be between me and her, not the facebook people.

Apa yang kita buat pun tak semestinya semua orang suka. Kau menyanyi sambil study, kau ingat semua orang suka menyanyi time study? (Sorry roommates for that, and for this 'lovely voice' haha). Hari tu masa short sem, roommate pakai kasut sampai ruang hall tengah tu, kalau orang ambik wudhu' ke apa tak ke kotor tu. Tapi tak tegur pun sebab dia senior haha takutlah weh. Aku rela masuk langkah luas-luas nak elak tempat dia pijak dengan kasut tu hahaha kebongokan apakah.

Mungkin kita tak tegur sebab kita tak berani nak tegur, takut bergaduh ke apa kan. And maybe jugak kita takut penerimaan orang tu okay ke tak. Tak best lah kalau nak duduk sebumbung tapi tak bertegur sapa. Tapi kalau tak tahan sangat, jangan pendam, bagitau je. Tegur elok-elok, in shaa Allah orang pun terima elok-elok.

Well I need to find that kind of courage too.

Sunday, September 18, 2016

Be Prepared

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Just a quick update for those who've been waiting for my next entry. Yeah I know you miss me, I know.

Hari ni dari pagi sampai ke malam tak lekat kat bilik. Pagi sampai petang siapkan decoration untuk next program, tu pun tak fully siap lagi sampai ada kerja bawak ke bilik. Programnya hari Selasa ni dah, harap sempat siapkan. Malam pulak sambung meeting final untuk program tersebut.

That's not the point I'm writing today. Nak cerita masa balik tu, jalan dengan kawan satu blok ni, borak-borak la sikit kan takkan nak dengar bunyi cengkerik bunyi katak je di waktu malam nan sunyi. Aku ni habaq la penat dari pagi sampai ke malam kat luar, kawan tu pun sama. Pastu aku habaq la nasib baik esok kelas lambat, boleh rileks sikit. Dia cakap yang nak rileks tu takpe lagi, tapi nanti dalam kelas ni tak prepare. So I was asking myself, prepare apa?

Then baru aku paham maksud dia prepare sebelum kelas, means study dulu before masuk kelas dengar lecture semata. Dia cakap tak best la nak follow lecture kalau tak paham apa discussion tu. I was like, peh tabik gila. Aku masa tu pikir tidoq jaaa, nak study before kelas ni bukan jenis aku la yang malas haprak ni.

Tapi betullah, kalau kita dah study and ready before kelas, mesti lagi senang nak follow apa yang lecturer ajar ye dok? Bolehlah tanya macam-macam soalan yang tak paham. Ni tak, dalam kelas angguk jee pahamnye idok.

Thanks kawan, you opened my eyes. Harapnya hati pun terbuka nak berubah. 

Amin.

Thursday, September 8, 2016

Pantai Senok

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

STAB went to Nami Island, Korea.


No, not for real.

Kitorang pergi berkelah kat Pantai Senok, Bachok. Tujuan asalnya nak bergambar je sebab orang-orang cakap situ lawaaa macam Pulau Nami katanya (tapi banyak sampah haa kurang sivik betul) then tetiba je datang idea nak berkelah kat sana. Memang lawa ahh, thinking of having my wedding photoshoot there but hm nak plan tu biar ada calon dulu.

Bihun by Bie, sandwich and cheezy wedges by Aenn, keropok and ayaq sirap by Mekda. Si Athirah ni macam biasa, bawak perut sahaja. Pergi berkelah time pagi kot haha ingatkan kitorang ni dah cukup pelik sebab pergi berkelah pagi, eh tengok-tengok ada geng brothers buat barbeque time tu hahaha tak panaih ke bang oi. Well, memang tak panas pun sebab berteduh bawah pokok-pokok so ada matahari pun tak rasa bahang sangat.


Our photographer for that day - Paan. Terpaksa layan kitorang yang nak pose macam tu macam ni nak bergambar kat situ kat sini haha sampai sakit belakang dia. And the photos lawa gilaaaa. The reason aku nak bergambar senanye untuk kenangan so nak ada gambar proper and lawa sikit instead of selfie/wefie. (Not a big fan of selfie ..) Tapi tambah pulak dengan memori berkelah bagai, haih I hate you girls, you're going to make me miss you gais a lot.

Nak letak hasil photoshoot Paan asalnya, tapi sogan pulak den nak tayang gambo banyak-banyak.

Thursday, September 1, 2016

Cooking

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

New semester is about to begin. Agak frust dengan result shortsem sebab worse than expected, bukanlah teruk sangat tapi bila dia tak meet expectation tu so macam sedih sikit ah. Harapannya, shortsem dapat tolong naikkan pointer. Realitinya, tak seindah harapan wah gitu kau berpuitis. But it's okay, I had fun during the short semester with the easy-going English lecturer and strict-but-nice OB lecturer. I'll try harder in shaa Allah.

This semester break was longer than usual - almost 3 weeks. Hahaha orang lain cuti 3 bulan, aku bersyukur la dapat jugak tanam anggur jap even 3 minggu je. What I've been doing? Lepak with the girls (I'll update about this soon) and belajar masak - tomyam sahaja. Duh ingatkan cuti ni boleh terer masak sampai tahap boleh jaga perut bakal zauj (arab sangat). But like I said, realiti tak seindah harapan. Or kata lainnya, sembaaaaaang.

Our menu for that day: 
Tomyam meriah, udang masak taucu, sayur apetah tak ingat nama and telur dadar pelengkap menu seharian.
(Most of them prepared by kakak)

Konon nak pandai masak, potong carrot sampai terhiris jari sendiri. Carrot tu keras sangat laa (bila masa pulak carrot lembut). Hey I'm good with knife okay, maybe hari tu memang nasib malang si jari. Tapi tomyam tu sedap, segala benda aku campak dalam tu sampai terhimpit depa semua dalam periuk. It's called tomyam meriah hahaha. Cuma still tak dapat the taste yang aku suka tu. Masak lagi complicated daripada baking, kot? Memang la main campak-campak boleh jadi makanan masalahnya nak kasi sedap tu peh perlu pakar bro.

Haih bakal zauj, awak makan kek or biskut tiap-tiap hari boleh tak?